Saturday 28 October 2017

Miskin Dan Kaya, Tetap Diduga


Biar Kita Miskin Harta Dan Kuasa, Tapi Jangan Kita Miskin Jiwa.

- Syamsul Yusof.


Terngiang-ngiang di telinga penulis bila terdengar bait-bait lagu Syamsul Yusof ini.

Walau kita dalam senang pun masih lagi Allah menduga hambaNya dengan ujian-ujian yang hebat apatah lagi jika kita miskin.

Apa yang ingin saya tekankan disini adalah, kehidupan di dunia ini adalah tidak sempurna. Saya juga sebelum ini pernah menginginkan kehidupan yang sempurna. Mengejar kesempurnaan dalam kehidupan adalah lumrah. Tetapi, biarlah kita berusaha untuk mengejar kesempurnaan tanpa meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Kerana kelak kita akan menyalahkan diri sendiri atau mungkin orang sekeliling kerana tidak tercapai kesempurnaan yang kita mahu.

Apa yang kita perlu lakukan adalah mengilhamkan kesempurnaan, sambil redha dan bersedia jika perjalanan itu tidak seperti yang dirancang.

Cita-cita murni ini tidak sepatutnya terbantut dengan kehadiran ketidaksempurnaan, yang penting kita sudah melakukan yang terbaik untuk diri kita dan orang sekeliling kita.

"Hampir sempurna" juga ada perkataan sempurna didalamnya.

Sempurna itu hanya milik Allah. Dan hanya Dia yang layak untuk menganugerahkan kesempurnaan kepada hambaNya.

Selesai perjuangan ke arah kesempurnaan, berdoalah kepada Yang Maha Sempurna agar cita-cita murni kita tercapai.

Mudah-mudahan kita akan menjadi insan yang lebih baik kerana yang apa diinginkan pastinya yang terbaik, yang tanpa sedar anda sedang menuju ke arah kesempurnaan.

Dalam era penuh depresi
Sebenarnya apa yang kau cari
Kononnya nak inspirasi
Tak perlu kau tercari-cari
Bangun malam tanya Ilahi
Beribu kali kau diingati

HIDAYAH ITU MILIK ILAHI

Firdaus Ridzuan,
Pengembara Pelaburan Hidup. 

PELABURAN HIDUP


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Hidup tak selalu mudah, kerana jika ia terlalu mudah, kita tidak akan menghargai nikmat bernafas di muka bumi.

- Firdaus Ridzuan

Assalamualaikum wrt. wbt.

Saya Firdaus Ridzuan.

Blog ini bertujuan untuk membantu memberikan pencerahan kepada maksud kehidupan, membantu mereka yang menemui jalan buntu, dalam melayari kehidupan berdasarkan pengalaman penulis sendiri tentang cara berdepan dengan permasalahan kehidupan dan bagaimana cara untuk memperolehi kehidupan yang lebih baik.


PELABURAN HIDUP

Nama pelaburan hidup ini diilhamkan oleh penulis untuk membantu sahabat-sahabat yang mungkin memerlukan sedikit bimbangan tentang apa yang perlu dilakukan jika dilanda ujian, selain bimbingan dari sahabat-sahabat lain yang membaca post permasalahan daripada tetamu blog ini.

Anda digalakkan untuk menghantar sebarang permasalahan/pertanyaan ke email saya di firdausridzuan77@gmail.com dan akan ditulis semula untuk mendapatkan komen-komen yang membina dari sahabat-sahabat tetamu blog ini.

Penulis juga akan menulis sedikit tips-tips kewangan/pelaburan hasil daripada pengalaman bekerja di sektor kewangan bertujuan mengukuhkan kewangan dan pendapatan sahabat-sahabat supaya sedikit sebanyak dapat menambahbaik kehidupan kita kelak. InsyaAllah.

Semoga ramai yang mendapat manfaat daripada perkongsian penulis akan datang. Sedikit sebanyak kita dapat mencari cara untuk mengatasi ujian bersama dan menjadikan kita insan yang lebih dekat denganNya dan kesejahteraan diri sendiri, keluarga dan negara.

Salam perkenalan dari saya. Mari kita mulakan, PELABURAN HIDUP yang sebenar.

Firdaus Ridzuan,
Pengembara Pelaburan Hidup.